MySpace Layouts

Izzul Izzati




Izzul Izzati
1st January
Kuala Lumpur

Jangan lupa tinggalkan jejak di sini
   

<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31







Ilhamku
  • BUKAN CINTA BIASA Terbitan KAKI NOVEL INTERPRISE

    Meskipun tanpa lafaz cinta dan sayang............. dirimu tetap bersemadi di lipatan hati selamanya....

    "Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'Kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini."


    E-NOVEL ~ BUKAN ITIK BIASA~

    BLOG NOVEL ~ IZZUL IZZATI~

    PENULIS NOVEL
  • Anis Ayuni
  • Aisya Sofea
  • Eyman Haykal
  • Izza Aripin
  • Noorsuraya
  • Norra Hassan
  • Seri Adriani
  • Damya Hanna
  • Sri Diah
    DISTINASIKU
  • Infazety
  • Kak Nina
  • Kak Ayang
  • Kak Pink Jambu
  • Kak Em & An
  • Adhan
  • Eita
  • ItikQ
  • Ct
  • Diya
  • Lia
  • Wan
  • KakLena
  • Syi
  • NC Cinta
  • Wabbit
    PENGULAS NOVEL

  • Antubuku
  • Carriekirana
  • Gedung Buku
    PENERBIT BUKU

  • KAKI NOVEL
  • ALAF21
  • CESB

  • KarnaDYA

    online

    Web Pages referring to this page
    Link to this page and get a link back!


  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed


     
    Wednesday, August 15, 2007
    UlaSaN Ku*SeRu KaSiHmU 2

    Ulasan oleh : sEeMbAnG2 PaSaL bUkU

     

    Kuseru kasihmu (KSK) masih lagi berkisar tentang kisah cinta teruna-dara. Cuma kisah cinta hasil garapan Izzul Izzati ini terdapat sedikit kelainan. Percintaan rahsia antara kawan baik Afrina umpama kisah cinta keluarga 69 (ini bukan antara anak-bapak yea!!).  Tapi hakikatnya tak siapa yang tahu kecuali Afrina, dan itulah yang meletakkan Afrina dalam situasi yang sukar dan tersepit, yang akhirnya menjadikan dirinya dibenci oleh sahabatnya sendiri.

     

    Perkahwinan yang terjadi antara Afrina dan Hakimi menjadi titik tolak pada konflik yang berlaku. Walaupun rasa cinta telah lama bertunas buat Hakimi, namun tak siapa yang tahu kecuali Emilia – rakan baik & teman serumahnya.

     

    Membaca KSK, aku jadi benci pada Hakimi yang pada aku lelaki egois yang tak harus dikasihani. Hakimi menjadi manusia yang paling hipokrit dan pentingkan diri sendiri (sorry! aku benar2 menyampah pada Hakimi).

     

    Pada aku, KSK bukan sekadar kisah cinta, penulis berjaya menyelitkan watak2 sampingan yang menghidupkan suasana, yang cuba menceriakan hari2 suram Rina yang terbeban dengan masalah yang membelenggu hidupnya. Juga terselit konflik keluarga antara Afrina & keluarga terutama ibunya menjadikan aku jatuh simpati pada nasib dirinya.

     

    Aku suka dengan penamat cerita. Penulis berani keluar dari kebiasaan norma di mana hero mesti bersatu dengan heroin walau apapun dugaannya. Pada aku itu adalah hakikat kehidupan. Kita tidak mampu melawan takdir dan tak semua yang kita angan-angankan akan menjadi kenyataan. Adakalanya kita harus akur dengan takdir yang telah tertulis untuk kita.

     

    Usai membaca, aku seakan dapat merasai kebahagiaan yang mula melingkari hidup Afrina.

    Buat Izzul, SYABAS!

     

    Ulasan oleh : dunia-novel

    Kataku:

    ` Seperti kebanyakan novel yang berada di pasaran, Ku Seru Kasihmu (KSK) juga tidak lari dari membicarakan soal cinta. Namun begitu, KSK agak berbeza dari novel tema cinta yang lain kerana KSK lebih menumpukan kepada hubungan persahabatan, serta pengorbanan seorang teman terhadap teman yang lain.

    ` Cara Izzul Izzati mengolah KSK benar-benar membuatkan KSK hidup. Tatkala membaca KSK, aku jadi simpati pada Afrina yang terlalu beralah ketika berhadapan dengan Hakimi tetapi dalam masa yang sama, aku geram dengan Afrina kerana sentiasa mengalah dan terlalu ingin menjaga hati orang lain tanpa memikirkan hati sendiri. Aku juga geram terhadap pada Hakimi yang aku kira seorang lelaki yang pengecut…marah dan menyampah dengan sikap Natasha yang pentingkan diri sendiri…aku rasa Izzul Izzati berjaya menghidupkan ketiga-tiga watak tersebut yang aku pasti mereka adalah watak utama dalam KSK.

    ` Keseluruhan jalan cerita, aku berpuas hati walaupun pada mulanya aku agak terkilan kerana endingnya tak sama dengan apa yang aku kehendaki tapi bila difikirkan semula…itulah kenyataan dalam kehidupan kita. Bukan semua yang kita harapkan akan kita dapat...kita juga kena akur bahawa setiap yang berlaku telah ditetapkan oleh Pencipta begitu juga dengan jodoh. Kalau sudah ditakdirkan bahawa lelaki/perempuan itu bukan jodoh kita, apa cara yang kita buat untuk dapatkannya pun tak akan jadi sebab itu bukan jodoh kita tapi kalau sudah ditetapkan bahawa itu adalah jodoh kita, apa juga yang kita buat untuk elakkannya atau kita tidak berbuat apa-apa tentangnya, ia tetap akan terjadi kerana memang jodoh kita.

    ` Kesimpulannya, KSK bukan sekadar sebuah novel cinta biasa tetapi ia juga diterapkan dengan nilai-nilai persahabatan dan kekeluargaan. Di saat-saat kita ditimpa musibah, pastinya keluarga yang akan membantu jadi jangan sesekali kita mengabaikan keluarga dalam apa juga perkara yang kita lakukan. Persabahatan juga penting kerana mungkin ada ketikanya kita memerlukan seorang teman atau sahabat untuk kita meluahkan perkara yang mungkin tidak boleh diluahkan kepada keluarga namun janganlah sampai persahabatan kita itu menyusahkan kita sendiri..jangan terlalu mudah untuk berkorban demi sebuah persahabatan kerana tidak semua pengorbanan itu dihargai.

    ` Tahniah untuk Izzul Izzati. Semoga Ku Seru Kasihmu akan menjadi 'best-seller' seperti mana novel pertama beliau Bukan Cinta Biasa. Teruskan menulis dan jadikan komen ini sebagai pembakar semangat untuk terus menghasilkan novel yang terbaik.

     

    P/S  Izzul mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas ulasan wan dan adhan ini. TQVM! Insya-Allah Izzul akan jadikan komen yang diberi sebagai pembakar semangat dan memperbaiki segala kelemahan yang ada dalam karya izzul yang akan datang. Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang lain yang banyak menyokong izzul. TQVM! Smile

     


    Posted at 03:13 pm by izzulizzati
    Make a comment  

     
    Wednesday, August 01, 2007
    UlaSaN Ku*SeRu KaSiHmU

    Ulasan Ku Seru Kasihmu oleh Ulas -Kupas

     

    Ulasan:

    Mulanya saya rasa berat untuk membaca novel setebal ini, apa lagi Ku Seru Kasihmu dengan jelas dan tanpa selindung membawakan tema cinta. Walau bagaimanapun, saya dapati sukar untuk meletakkan novel ini tatkala mula dibaca. Ya, memang ini kisah cinta lara orang muda, tetapi saya tertarik dengan cara kisah ini digarap oleh penulis.

    Pembaca akan bersimpati dengan watak Afrina dan dilema serta masalah yang dihadapinya. Pembaca juga akan marah dengan watak Hakimi yang ego tetapi penakut untuk berhadapan dengan realiti. Pembaca turut akan rasa menyampah dengan watak Natasha yang banyak berahsia dan pentingkan diri. Dan pembaca akan terhibur dek gelagat watak-watak pembantu seperti Emilia, Kak Noor, Johar dan Hanum. Inilah aset yang dimiliki di dalam pengkisahan Ku Seru Kasihmu. Watak-wataknya diperkenalkan dan dibangunkan dengan baik oleh penulis sehingga pembaca akan terasa seperti menyaksikan sendiri kesedihan, kegembiraan, kemarahan dan kekecewaan watak-watak kisah ini.

    Dari segi jalan cerita, saya dapati ianya berjaya membuatkan saya terus membaca dari awal hingga akhir. Malah, "musibah" yang disebut di dalam sinopsis novel ini adalah sesuatu yang tidak saya jangkakan sama sekali. Bagi saya, walaupun "musibah" ini hanya berlaku di dalam Bab 15, ianya menjadi teras dan penggerak utama kisah Ku Seru Kasihmu kerana segala-galanya bertitik tolak dari sini.

    Akhiran kisah ini bagi saya adalah akhiran yang menggembirakan. Nyata Izzul Izzati tidak meninggalkan sebarang plot tergantung. Semua konflik dan permasalahan di dalam Ku Seru Kasihmu diberikan kesudahan yang kejap. Sama ada ianya akhiran yang dikehendaki oleh pembaca, itu terpulang kepada penilaian masing-masing. Bagi saya secara peribadi, akhiran kisah ini memberikan kepuasan kerana diulit dengan nilai-nilai kekeluargaan, silaturrahim dan kemaafan.

    Novel Ku Seru Kasihmu ini membawakan identiti Kaki Novel Enterprise. Kulit novel terbitan Kaki Novel Enterprise nampaknya membawakan imej tersendiri yang lain daripada penerbit-penerbit yang lain. Saya kira ini strategi yang baik untuk menarik perhatian pembeli novel.

    Cuma ada beberapa perkara yang ingin saya titipkan di sini. Ada di antaranya berupa teguran dan ada berupa cadangan penambahbaikan. Pertama, saya dapati saiz aksara atau mata fon yang digunakan terlalu kecil untuk saya. Saya faham andai mata fon yang lebih besar digunakan, ini akan menambah jumlah halaman dan seterusnya kos penerbitan. Namun saya harap pihak penerbit dapat juga mengambil kira pembaca yang rabun dekat dan mempunyai masalah astigmatisme.

    Perkara kedua yang saya cukup terganggu adalah terdapat terlalu banyak kesilapan nahu dan penggunaan tanda bahasa. Paling ketara adalah penggunaan imbuhan "di" dan "ke" yang dijarakkan apabila digabungkan dengan kata kerja. Sepatutnya imbuhan "di" dan "ke" didekatkan apabila digunakan bersama kata kerja. Kesilapan ini berlaku dari awal hingga akhir novel ini. Kesilapan ketara yang kedua adalah ayat yang diakhiri dengan tanda koma dan bukannya tanda noktah. Ini berlaku terutamanya pada ayat dialog yang menggunakan tanda pembuka dan penutup kata. Sepatutnya jika tidak ada apa-apa ayat di akhir penutup kata, ayat dialog itu ditutup dengan tanda noktah dan bukannya tanda koma. Saya tidak pasti kenapa kesilapan-kesilapan yang begitu asas ini boleh berlaku. Saya tidak salahkan penulis sepenuhnya, cuma saya harap proses penyuntingan dan pembacaan pruf dapat dilakukan dengan lebih teliti untuk mengelakkan kesilapan-kesilapan asas seperti ini daripada berlaku dan mencacatkan kisah yang diceritakan.

    Perkara ketiga adalah mengenai kronologi kisah ini. Pada hemat saya, Bab 62 seperti tidak kena pada tempatnya. Pertemuan di antara Haliza dengan Azlan berlaku semasa Afrina berada di Johor. Ini agak janggal kerana di Bab 61, Afrina telah pulang dari Johor. Saya merasakan Bab 62 sepatutnya diletakkan sebelum Bab 61 untuk menjadikan kronologi kisah ini lebih licin.

    Walau bagaimanapun, saya memang terhibur dengan Ku Seru Kasihmu, malah Bab 69 sehingga bab terakhir iaitu Bab 75 benar-benar menyentuh hati. Saya tidak terperanjat andai novel ini menjadi bestseller.


    Penilaian: 3.5 bintang


    Posted at 05:02 pm by izzulizzati
    Make a comment  

     
    Wednesday, July 18, 2007
    TeRiMa KaSiH

    Assalamualaikum kawan-kawan. Pertamanya izzul nak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kawan-kawan yang telah sudi meluangkan masa pada hari Ahad lepas bagi meraikan bersama majlis Ulang Tahun Kaki Novel dan pelancaran novel izzul. Izzul terharu sangat. Tiada kata-kata yang boleh izzul ucapkan hanya setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga buat kawan-kawan semua. Thanks a lot. Izzul masih belum sempat buat laporan aktiviti majlis lepas. Sad Insya-Allah jika berkesempatan nanti. Namun kawan-kawan masih boleh membaca daripada blog wabbit. TQVM wabbit. Mmuah!

    Salam sayang

      izzul izzati

    P/S Tarikh pada plate cenderahati di atas sebenarnya telah ditukar tapi lupa nak mintak copy dgn tukang buat....hehehe. Apapun harap2 kawan-kawan sudi menerimanya sebagai tanda kenangan drpd izzul.


    Posted at 12:22 am by izzulizzati
    Comments (6)  

     
    Tuesday, July 10, 2007
    KaD jEmPuTaN

     

    p/s Kepada kawan-kawan yang telah mendaftar, izzul ingin memohon maaf kerana tidak dapat mengedar kad jemputan seperti mana yang telah dijanjikan. Sad Bagaimanapun izzul berharap kawan-kawan yang telah mendaftar tidak lupa untuk dapatkan kad jemputan di meja pendaftaran nanti. Kita jumpa di sana ya! Insya-Allah.

    salam sayang

    izzul izzati 


    Posted at 02:36 pm by izzulizzati
    Comments (5)  

     
    Tuesday, June 12, 2007
    CoVeR PeNuH

     

    Dalam desiran rindu yang terpendam, ada seru membisikkan......Kaulah kekasih hingga ke akhirnya.

     

                Dari mana datangnya kasih? Dari mata turun ke hati. Dalam diam cinta itu hadir. Tanpa sedar rasa rindu berbunga jua akhirnya.

    Memiliki kasih Hakimi dari alam kampus hanyalah mimpi indah Afrina semata-mata. Menjadi milik Hakimi apatah lagi. Impian semakin jauh, lantaran jejaka idaman turut menjadi rebutan dua orang sahabat baiknya sendiri. Dia sedia mengalah, memberikan laluan dan ruang biarpun hati sendiri sakit memendam rasa kecewa. Bertambah menjerut rasa tatkala Hakimi menyambut baik cinta salah seorang daripada mereka.

    Namun sejauh mana kasih yang bersemi dapat dihindari, biarpun dia cuba untuk menjauhi. Sedangkan wajah Hakimi sentiasa hadir di ruang mata.

    Dugaan hadir tanpa dipinta, langsung tidak terlintas di fikiran. Musibah datang jua menimpa antara dia dan Hakimi. Suratan ataupun kebetulan? Sukar untuk ditafsirkan. Tetapi apa yang pasti, ada rahsia yang perlu diselindungkan. Ada cerita yang harus disembunyikan dan disimpan kemas daripada pengetahuan umum terutama kawan-kawannya. Kesulitan yang menjelma itu turut membuat Afrina tersepit antara diri, maruah keluarga dan sahabat baik sendiri. Hati siapakah yang perlu diutamakan? Hati siapa pula yang perlu dijaga?

       

     Kasihnya kepada Hakimi tidak boleh dibiarkan sepi. Cabaran Afrina, kasih Hakimi harus dimiliki dengan apa jua cara sekalipun. Namun relakah dia dikatakan sebagai "muka tembok" demi menyeru secebis kasih? Persoalannya….mampukah Afrina menyeru kasih Hakimi? Sedangkan cinta Hakimi tetap teguh kepada kekasih hati.

    p/s  :  Harap maaf, ada perubahan pada blurp novel KUSERU KASIHMU


    Posted at 02:47 pm by izzulizzati
    Comments (11)  

     
    Thursday, June 07, 2007
    MaKluMan TERKINI

    Assalamualaikum kawan-kawan. Dukacita izzul ingin memaklumkan bahawa majlis ulangtahun dan pelancaran novel terbaru Kakinovel terpaksa ditunda ke awal bulan depan (Julai) atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Masa dan tempat masih sama. Tarikh sebenar akan diberitahu kelak. Kepada sesiapa yang telah mendaftar harap maklum. Jutaan dan ribuaan kemaafan izzul pinta bagi pihak Kakinovel Enterprise atas kesulitan yang dihadapi. Kepada kawan-kawan yang mendaftar diharap dapat memberi nama dan alamat penuh kepada izzul untuk dikirim kad jemputan. Dan hendaklah dibawa bersama nanti bagi proses pendaftaran. Sekian Terima kasih.

    Salam sayang

    izzul

     

     


    Posted at 04:37 pm by izzulizzati
    Comments (2)  

    Previous Page Next Page