MySpace Layouts

Izzul Izzati


Monday, February 23, 2009
How Friendship Break

      HOW FRIENDSHIP BREAK   ? 

 

 

Both Friends Will Think The Other Is Busy  
    

And Will  Not Contact


Thinking It May Be Disturbing
 
 
As Time Passes
  
  
Both Will Think Let The OTher Contact 

  
After That each Will Think Why I Should Contact First  

      
Here Your Love Will  Be Converted To Hate
  
  
Finally Without Contact The Memory Becomes Weak
  
  
They Forget Each Other.
  
  
So Keep In Touch With All  And Pass This TO All Your Friends... 

  .  
I Don`t Want To be One Of  This Kind.
  
  
So Here I Am Sending SMS to

Every One
  
To Say 

  
Dear
 
I Am  Fine Here
  

  
Please keep in touch with me
  


Posted at 08:49 pm by izzulizzati
Make a comment  




Thursday, April 17, 2008
CeRiTa TeRbARu

Salam untuk kawan-kawan semua. Sedar tak sedar memang dah dekat 5 bulan izzul tak update blog Surprise. Huhuhuhu memang betul kata enigma...umah ni dah teruk bersawang. Izzul tak sempat nak update le enigma...apa kata ko tolong ...Tonguehehehe. Inipun, izzul curi masa sekejap sebab esok cuti separuh hari krn ada temujanji dengan doktor ....apapun izzul sentiasa menjenguk ke umah usang izzul ni walaupun tak adalah hari-hari.Big Smile Message kat TB  izzul baca cuma tak berkesempatan untuk membalas. Izzul mintak ampun! 

Cerita terbaru izzul tak ada yang menarik untuk diceritakan kepada kawan-kawan, melainkan kesibukan dengan kerja di pejabat yang semakin menimbun cry Apatah lagi izzul baru bercuti seminggu krn anak izzul masuk hospital 4 hari 4 malam. Alhamdulillah eisya semakin sihat. Esok izzul akan ke hospital lagi untuk follow up.

Progress novel terbaru izzul juga terbantut. Izzul sendiri pun tak tahu bila nak sambung balik. Apapun izzul cuba siapkan juga dalam tahun ini. Azam aje ni... Wink Harap-harap terlaksana...Entah-entah cerita lain yang terlaksana tak...ahaks  

Cerita pasal pesta buku baru-baru ini, izzul masih sempat curi-curi masa menjenguk ke PB. Biarpun baru balik hospital, tapi sebabkan semangat berkorbar-kobar nak jumpa kawan-kawan yang lama tak bersua. Izzul gagahkan juga diri. Tapi itulah ada juga kawan-kawan yang tak sempat izzul jumpa.cry Kak Nina n kak pink pun tak sempat izzul jumpa. Miz u sis! Nasib baik sempat jumpa kakRyN. Itupun hari Ahad, last day. Sesampai aje kat parking terus aje sms kakRyN, bimbang kakRyn dah balik bonai. Wink. TQVM kakRyN!!  

Izzul ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pengunjung-pengunjung yang sudi ke gerai KakiNovel dan menemui penulis-penulis KN. Kami amat menghargai. Hingga kita bersua lagi di pesta buku yang akan datang juga di masa lain. Insya-Allah.

Salam sayang 

Izzul izzati 

 

   

    

 


Posted at 11:59 pm by izzulizzati
Make a comment  




Tuesday, January 01, 2008
nSaLaM tAhUn BaRu 2008

Assalamualaikum kawan-kawan semua. Izzul mohon maaf banyak-banyak krn lambat balas msg kawan-kawan di tagboard. Mintak ampun ek.....izzul benar-benar bz tahap gaban sekarang....huhuhu. Hari cuti pun kena kerja gak. Apapun izzul rasa seronok kerja di tempat baru. Biarpun penat dan letih tapi hati izzul gembira. Wink 

Di kesempatan ini izzul ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kawan-kawan yang telah mengirimkan kad dan ucapan kepada izzul. Wan, kaknOOr, Kak Ryn, Alin, Wabbit, Ezma, Kaklena, infa, Kak anis, Nacha, Jihan, Kak pink dan kawan-kawan yang lain yang tidak dapat izzul sebutkan disini. Terima banyak-banyak. Terharu izzul....huhuhu. Walaupun sekarang kurang berkesempatan menghubungi kawan-kawan seperti dulu tapi izzul tidak pernah melupakan kawan-kawan semua. Kalian tetap di lipatan hati selamanya. Izzul sayang kawan-kawan semua!

TiMe WiLL aLwAys fLy bUt OuR fRiEnDsHip WiLL nEvEr DiE

Izzul pinjam kata-kata kiriman drpd Ezma buat izzul. Thanks a lot Ezma! Mmuah! Walaupun kita tak pernah bersua tapi ezma tetap setia mengirim berita buat izzul kat sini. Insya-Allah ada masa izzul akan ajak huby utk pergi bercuti ke JB. Ezma Tunggu ya  Tongue. Izzul ajak kak anis sama nanti...hehehe

Akhir kata izzul ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2008. Moga azam kawan-kawan tahun ini akan tercapai. Amin

 

Salam sayang

izzul

p/s Wan & KaknOOr terima kasih atas kad yg sweet & cute ni. Sayang dia!!Mmuah!

 


Posted at 10:52 pm by izzulizzati
Make a comment  




Friday, November 16, 2007
MiNgGu TeRaKhIr

Salam sayang semua. Lama betul rasanya izzul tak bercerita dengan kawan-kawan kat blog ni. Rasa rindu sesangat dengan suasana dulu-dulu. Apa boleh buat....tuntutan kerja. Nak lagi izzul akan bertukar kerja tempat baru mulai bulan depan. Jadi segala kerja dan saki-baki kerja yang ada perlu disiapkan sebelum izzul meninggalkan tempat kerja sekarang setelah lebih 7 tahun izzul berkhidmat. HUhuhuhu...sedih juga bila difikirkan balik. Apatah lagi minggu depan adalah minggu terakhir izzul di sini. Siapa tak sayang. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat mencari rezeki. Tapi itulah...mungkin kita perlu berhijrah untuk mencari yang terbaik dan lebih baik. Izzul sendiri tidak pasti lagi suasana di tempat baru. Harap-harap izzul akan dapat menyesuaikan diri nanti. Insya-Allah. Itulah doa dan harapan izzul. Harap-harap kawan-kawan juga sudi mendoakan yang terbaik untuk izzul.

Bercerita fasal novel terbaru izzul pula...hehehe...nampaknya terbantut sekejap. Kerja yang ada sekarang benar-benar tak mengizinkan. Apapun izzul akan cuba siapkan sepertimana yang diminta oleh pihak penerbit. Insya-Allah.

Sekian dulu buat kali ini. Ada masa kita bercerita lagi.

Sayang selalu

Izzul

P/S Izzul ingin mengucapkan selamat berangkat ke tanah suci buat kaknOOr dan kakyah. Doa izzul akak berdua selamat pergi dan balik serta memperoleh haji mabrur. Insya-Allah.

 

 

 


Posted at 11:09 am by izzulizzati
Comments (2)  




Wednesday, October 10, 2007
SALAM AIDILFITRI

Sempena Hari Raya yang bakal menjelang nanti izzul ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada kawan-kawan dan juga kepada pengunjung-pengunjung blog izzul semua. Sama ada yang meninggalkan jejak ataupun datang jenguk diam-diam Wink. Izzul juga ingin memohon jutaan ampun dan maaf kepada kawan-kawan semua atas segala salah dan silap izzul selama ini. Moga Hari Raya nanti akan mengeratkan lagi pertalian persaudaraan antara kita semua. Insya-Allah. Amin.

Izzul akan mula bercuti esok. Untuk kawan-kawan yang akan balik kampung nanti izzul doakan semoga selamat pulang dan kembali. Hingga kita berjumpa lagi selepas hari raya nanti. Insya-Allah.  

Salam sayang untuk semua daripada izzul.

SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR & BATIN

Izzul sediakan senikata lagu raya yang menjadi kegemaran izzul Tongue

Pulanglah

...Sayang
Di hari yang mulia ini
Ku pohon keampunan
Hanya satu yang ku pinta
Pulanglah...

Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah

Di pagi hari raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga

Apakah suratan
Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia

Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merindui mu sayang
Ku menanti dengan hati rela

Pulanglah kepangkuan ku oh... sayang
Ku menunggu mu di hari raya

Sepasang Kurung Merah

Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang
oh...

Di hari yang berbahgia ini
Hatiku kosong dan sepi sekali
Betapa manis kenangi lalu
Menyambut raya bersama denganku
oh...

Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku

Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan merah
Menjadi teman mengubat rindu ku
oh...


 


Posted at 01:25 pm by izzulizzati
Make a comment  




Wednesday, August 29, 2007
NoVeL tErBaRu KaKi NoVeL

 

Pihak KN akan mengadakan majlis pelancaran novel terbaru KN yang bertajuk "Air Mata Cinta" karya Rabiatul Adawiyah pada 9hb September 2007 bertempat di Restoran Burger King, Avenue K,Jalan Ampang, Kuala Lumpur. (Ia terletak di stesyen Putra Lrt KLCC, bersebelahan Secret Recipe),jam 10 pagi. KN ingin menjemput ahli-ahli KKN hadir dalam majlis itu. Sila hubungi Rizal (012-2345337) atau Syah (012-2444577) dan komfim kehadiran anda sebelum 5hb September nanti. Selain pelancaran novel AMC, acara sampingan yang bakal diadakan ialah cabutan bertuah.

p/s TAHNIAH Kak wi atas 2 kelahiran. Semoga kak wi terus bersemangat untuk berkarya. Smile 

 


Posted at 11:13 pm by izzulizzati
Make a comment  




Next Page
 

Izzul Izzati
1st January
Kuala Lumpur

Jangan lupa tinggalkan jejak di sini


   





 
<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31







Ilhamku
  • BUKAN CINTA BIASA Terbitan KAKI NOVEL INTERPRISE

    Meskipun tanpa lafaz cinta dan sayang............. dirimu tetap bersemadi di lipatan hati selamanya....

    "Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'Kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini."


    E-NOVEL ~ BUKAN ITIK BIASA~

    BLOG NOVEL ~ IZZUL IZZATI~

    PENULIS NOVEL
  • Anis Ayuni
  • Aisya Sofea
  • Eyman Haykal
  • Izza Aripin
  • Noorsuraya
  • Norra Hassan
  • Seri Adriani
  • Damya Hanna
  • Sri Diah
    DISTINASIKU
  • Infazety
  • Kak Nina
  • Kak Ayang
  • Kak Pink Jambu
  • Kak Em & An
  • Adhan
  • Eita
  • ItikQ
  • Ct
  • Diya
  • Lia
  • Wan
  • KakLena
  • Syi
  • NC Cinta
  • Wabbit
    PENGULAS NOVEL

  • Antubuku
  • Carriekirana
  • Gedung Buku
    PENERBIT BUKU

  • KAKI NOVEL
  • ALAF21
  • CESB

  • KarnaDYA

    online

    Web Pages referring to this page
    Link to this page and get a link back!






  •  
    Contact Me

    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




    rss feed