|

Sempena Hari Raya yang bakal menjelang nanti izzul ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada kawan-kawan dan juga kepada pengunjung-pengunjung blog izzul semua. Sama ada yang meninggalkan jejak ataupun datang jenguk diam-diam . Izzul juga ingin memohon jutaan ampun dan maaf kepada kawan-kawan semua atas segala salah dan silap izzul selama ini. Moga Hari Raya nanti akan mengeratkan lagi pertalian persaudaraan antara kita semua. Insya-Allah. Amin.
Izzul akan mula bercuti esok. Untuk kawan-kawan yang akan balik kampung nanti izzul doakan semoga selamat pulang dan kembali. Hingga kita berjumpa lagi selepas hari raya nanti. Insya-Allah.
Salam sayang untuk semua daripada izzul.
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN
Izzul sediakan senikata lagu raya yang menjadi kegemaran izzul 
Pulanglah
...Sayang Di hari yang mulia ini Ku pohon keampunan Hanya satu yang ku pinta Pulanglah...
Termenung ku sendiri Memendam rindu tidak menentu Kasih suci murni yang kita bina Hapus hancur oleh kata fitnah
Di pagi hari raya Hati sayu mengenang dirimu Mudahnya kau menggantikan diriku Seolah cintaku tak berharga
Apakah suratan Aidilfitri satu titik akhir Sekian lama bercinta Kau tiada di hari mulia
Keampunan ku pohon Sekiranya aku yang berdosa Pulanglah ku merindui mu sayang Ku menanti dengan hati rela Pulanglah kepangkuan ku oh... sayang Ku menunggu mu di hari raya
Sepasang Kurung Merah
Tiada salam atau ucapan Tiada pesan tanda ingatan Suasana penuh keriangan Ku teringat pada seseorang oh...
Di hari yang berbahgia ini Hatiku kosong dan sepi sekali Betapa manis kenangi lalu Menyambut raya bersama denganku oh...
Tiada bisikan lembut yang ku dengar Hanya suara azan sayup bergema Masih kurasakan hangat tanganmu Di pagi raya bersalam dengan ku
Tetamu datang tetamu pergi Namun tak tiba orang ku nanti Hanya sepasang kurung nan merah Menjadi teman mengubat rindu ku oh...
|